Sunday, January 05, 2014

Phuket Day 3 - Island Trip - Part I

ohoiiiii.... bila la nak settle ni..
Dah masuk tahun baru dah mak jemah oiiii....

Lepas balik dari Phuket Fantasea semalam, balik hotel dan terus Zzzzzzz.....
Esok pagi-pagi dah nak ke pulau...

Disebabkan hotel yang aku stay tu tak dak makanan halal, makanya aku sarapan maggi dengan roti gardenia yang aku bawak dari penang.. gigihkan mak jemah....

Jam 7.30 pagi aku dah terpacak depan hotel.
Tunggu si driver pick up aku.
Kami orang yang pertama naik minibus tu...
Lepas tu dia pi amek couple arab pulak kat hotel lain.
Couple arab ni semalam amek pakej phuket fantasea yang sama dengan aku.
So dari semalam dah saling memberi salam la.. ehehehe
Wife dia sangat cantik. Si usben dia macam kerek sikit...

Bila dah cukup penumpang yang driver ni patut ambik, dibawak nya kami ke Jeti.
Di tempat berkumpul ni depa sediakan minuman dan makanan ringan untuk alas perut.
So, masing-masing berkumpul la dulu kat depan jeti tu sambil makan, minum, amek gambaq segala la..
kat situ jugak kami diminta untuk bayar thb200 untuk bayaran masuk ke National Park.
Depa dah ada senarai nama kita yang joint trip ke island.
So sapa yang belum bayar, depa announce la nama.
Punya la lama si mamat agent ni panggil nama sapa yang belum bayar tu, tapi tak dak sapa pun mengaku.
Aku pun pelik.
Semua macam cukup ja orang kat situ.
Ingatkan ada yang belum sampai.

Last-last, dekat 45 minit mamat tu terjerit2 nama "orang" yang belum buat bayaran tu, dia mai la tanya kat couple arab ni..
" your name 'nama yang disebut tadi' sir??
arab tu kata " yes"...
punggah!!!!!
Punya la lama mamat tu dok panggil, tapi hang tak mengaku...
Ntah dia paham ka tak paham, aku pun tak tau....

Selesai semua buat bayaran, agent tu buat short briefing.
Brief berkaitan tempat yang bakal di singgah, makanan yang disediakan, tempat untuk snorkeling,cuaca pada hari tu, warna group..
Group kami kaler pink okey...
Kena pakai riben kaler pink.
Sebab apa depa riben?
Haaaa... sebab bukan group hang dan boat hang saja yang akan buat trip ni...
Beratus-ratus lagi group ada...
so untuk membezakan kumpulan, depa bagi la riben kaler-kaler ni semua...
Jenuh la aku dok bang telinga aku. 
Depa punya english sangat broken..
hahahahha....
Depa jugak menyewakan "fin" kasut kaki itik tu untuk sapa-sapa yang nak snorkel nanti.
Mudah katanya...
Tak yah susah-susah nak kodek-kodek kaki terok-terok.. hahaha
Aku tak amek pun yang tu.
Pakai yang basic ja..
Wah.... bercakap macamkan aku pandai nau berenang.. hahahha
Ada jugak depa juai plastic kalis air untuk letak barang macam hp, duit dan barang-barang berharga yang lain.
THB 100 harga dia..
Pun aku tak beli..
Gila kedekut kan mak jemah ni!!!

Settle urusan jual beli, semua yang ada ka situ diminta untuk bukak kasut dan naik ke speedboat.
Aku rasa dalam boat kami ada dalam 15 orang kot.
Pelbagai bangsa...
2 couple ja dari Malaysia..
*aku la tu* dengan 1 lagi family melayu dari kl...
Yang lain banyak arab dan orangputih...
Jenuh cuci mata aku...
haih....
Tapi suka...
Gila!

Dalam boat, guide aku bagi lagi satu taklimat.
Aku sebenaqnya lupa nama guide aku tu..
hahhaha...
maklumlah... dah masuk tahun baru dah kan, lama sangat tak menaip.. lupa la pulak... haih...

Tempat pertama yang kami akan singgah adalah Maya Bay.
Perjalanan dalam 45 ke 1 jam kot.
Dalam boat tu, ada disediakan buah nenas, air mineral dan soft drink.
Anytime buleh makan dan minum sambil menikmati pemandangan yang cantik-cantik...
haaaaa... baru terasa macam pelancong!
hahahha...
Speedboat laju okey..
Rasa besttttt ja bila angin menyapa muka yang gebu ini..

Okey, iterynary trip ini adalah :
Mula-mula ke Maya Bay untuk berenang dan berehat.
Kemudian ke Phi Phi Lae Island yang terdiri dari ;
Loh Samah Bay, Phi Leh Cove.
Selepas itu ke Viking Cave untuk menikmati pemandangan sahaja ya.
Kemudian bergerak ke Monkey Beach untuk tengok dan bagi makan monyet.
Berhenti untuk makan tengah hari di Phi Phi island.
Sumpah makanan sangat tak sedap! :(
Last sekali ke Khai Island untuk snorkel dan swimming.

Maya Bay

Permandangan di sini sangat cantik.
Air kebiru dan kehijauan.
Pasir putih dan halus.
Sangat-sangat cantik.
Tapi ramaiiiiiiii sangat orang..
dan boat berhenti di persisiran pantai untuk turunkan kami.
Dah bau minyak enjin boat tu...
Tapi warna air masih tak terjejas..

Aku cuma jalan-jalan dan ambik gambaq saja.
Sempat jugak cuci mata..
hahahha....
Maklum la.. destinasi pertama...
Masih fresh..


Ni la rupa speedboat yang kami naik.
2 keping ni ja gambar di Maya Bay yang ada.
Yang lain aku malas nak edit.



Cantik kan air dia?
Sampai la ni aku masih teringatkan air kat Maya Bay ni..

Guide bagi masa untuk ronda-ronda kat pulau ni 45 minit saja ya.
So, nanti dia akan panggil group pink naik boat bila dah sampai time nak bertolak ke tempat lain.
By the time, semua orang dah naik boat.
Bila guide tu kira, terkurang 3 orang.
Dahhhhh kena tunggu pulak.

Guide dan 2 orang kawan dia turun semula untuk cari mamat arab 3 orang ni.
Siap jerit-jerit " pink colour... Pink colour... we want to move to other island "
Dengan wisel pun depa tiub.
Tapi 3 orang mamat tu tak jugak muncul.
Dah setengah jam kot kami semua tunggu dalam boat.
Panas, lapar, bosan.
Kerana 3 ekor arab tu, semua orang stuck.
Benci mak jemah macam ni tau.

Hampir 45 minit kami tunggu, tak jugak muncul-muncul, ada sorang orangputih ni cadangkan agar kami tinggalkan saja 3 mamat tadi tu.
" why we should waste our time to waiting them?" kataaaaanyaaa....
Then, guide tu tanya pendapat semua orang, dan semua bersetuju untuk teruskan perjalanan tanpa menunggu lagi.
Tu la, orang kata 45 minit, bukan sejam 45 minit..

Elok ja enjin boat di hidupkan, datang la sorang mamat ni berlari-lari ke boat.
Tanpa rasa bersalah dan tanpa mintak maaf, selamber dia ja naik dan nak berlalu ke tempat duduk dia.
Tiba-tiba guide tu kata
 " you dont want to say sorry to them? you are late about 45 minute"
Mamat tu just say "im sorry"

Dah sepasai kena tunggu lagi 2 orang kawan dia.
Guide aku paksa mamat tu pi cari kawan  dia yang tak mai lagi tu.
Dalam 5 minit macam tu, kawan-kawan dia pun sampai.
Kena la taro ngan guide aku.
hahaha...
"you have a watch, but u dont know how see the time???"
hahahha...
marah guide tu nokssss....

Perjalanan diteruskan ke Loh Samah Bay.

Loh Samah Bay

Sangat jernih air dia.

Nampak sampai ke dasar.
Kat sini airnya dalam, tapi dibenarkan untuk berenang.
So, sapa-sapa yang pandai swim tu, pakat terjun la..
Termasuk usben aku..
Aku?????? tengok sambil telan air liur je la...
kesian kan????


See?
Cantik kan air dia...
Clear water orang kata..


Masa ni aku baru nk ke Loh Samah Bay ni, boat-boat ni semua dah gerak nak ke tempat lain.
Kan kami lewat sebab mamat arab tu lambat naik..
Time pun dah lari la...


Nampak kan dasar laut ni??


Subhanallah.... sangat indah ciptaan Allah...






Aku rasa macam nak terjun...
Tapi tak pasai-pasai ada yang lemas... tenggelam tak timbui-timbui.. hahhaha




Usben aku mandi kat sini.
Gambarnya malu nak letak sebab tak berbaju...

Kami berada di Loh Samah Bay dalam setengah jam, kemudian kami dibawa untuk menikmati permandangan viking cave.

Viking Cave

Subhanallah....
Sangat cantik view kat sini. Air laut berwarna turquoise...
Aku speechless. .
Viking cave ni kalau tak salah aku adalah tempat untuk menghasilkan sarang burung.
Sila jamu mata ya...
aku tak tau nak letak caption apa dah.. hahahha















Sangat cantik kan?
Kat sini tak dibenarkan berenang.
Cuma buleh cuci mata ja...
Geram betui tengok air kaler biru tu.
Rasa macam nak terjun jugak..
Haih.... kalau la aku pandai berenang.....

Lepas ni aku sambung ke part II okey...
Bye.










1 comment:

::EIDA:: said...

masa ida pergi Krabi hari tu, ida tak pergi pun Maya Bay. ggrrr dgn guide tu, die kate aombak kuat. ntah betul ke takkk.. hukhukhuk