Lama nya aku tak jengah blog ni...
Cerita Phuket pun tak settle lagi rupanya...
Punya la dok buat sibuk kat opis, sampai tak sempat la nak mengarang karangan bahasa melayu ini...
Berbalik cerita Phuket ni, hari ke 2 siang tadi aku dah beli pakej ke Phuket Fantasea..
Mahaiiii okey...
Tapi bila pikiaq balik, bukan selalu kot nak mai Phuket ni, aku beli jugak pakej tu.
Harga RM150.00 per pax.
Termasuk transport dan halal dinner.
Jam 6.30 petang aku dah kena tunggu kat lobi hotel.
Nanti ada minibus yang akan pick up.
Tapi agaknya driver tu pi ambik orang lain dulu kot, so dia sampai kat hotel aku jam 7.15 malam...
Perjalanan dari Patong ke Phuket Fantasea tu lebih kurang dalam 45 minit kot.
Jalan pun dah gelap.
Elok sampai ja kat sana, minibus tu berhenti untuk turunkan kami, hujan rahmat turun dengan sangat lebat.
Ramai betui orang kat situ.
Tempat dia pun besar.
Sementara tunggu driver tu settlekan hal tiket, kami lepak la kat kerusi besi area parking tu.
Nasib baik ada bumbung...
Oh lupa pulak...
Harga pakej RM150 tu seat biasa ye kawan-kawan.
Masa dalam minibus tu, aku terpikiaq nak tukaq seat ke gold seat.
Then aku tnya kat driver tu, dia kata dia boleh uruskan pertukaran seat tu untuk aku,
tapi kena tambah lagi RM20 per pax kot (lupa dah..).
Sebab kami dah terlewat sikit, bila dapat ja tiket masuk, lekatkan stiker kat baju, terus la kami berlari-lari
Makanan disediakan secara buffet ya.
Halal section kecikkkkkk ja..
ehehehhe...
Di hujung benua pulak tu.
Makanan dia ok la jugak.
Cuma aku kurengggg sikit.
Mungkin tak kena dengan selera aku kot.
Yang aku ingat, ada nasi putih, ayam goreng tepung berempah, sayur campur, daging masak green curry kot dan ada la 2-3 lauk.
Dessert pun ada, tomyam pun ada...
Tapi yang paling aku suka, broccoli cream soup dia..
Mabeles...
Teringat sampai sekarang.
Dalam banyak-banyak menu, tu ja yang aku berselera nak makan.
Selesai menjamu selera, kena berjalan pulak ke bangunan sebelah untuk show.
Kawasan dia agak luas.
Tempat pun cantik.
Untuk kali pertama, memang berbaloi la.
Ada jual tshirt, souvenir segala.
Balik nanti baru nak beli.
Masuk ja dalam tempat buat show tu, kena beratur untuk serahkan segala camera dan handphone.
Tak dibenarkan masuk segala benda tu.
Depa akan simpan dalam bag dan loker masing-masing.
Kita akan di beri tag loker kita.
Dah abis show baru claim balik.
Seat aku no P45 dan P46.
Kira seat aku di bawah dan di tengah-tengah.
Nampak jelas la kat pentas tu.
Memang sangat ramai orang dalam dewan tu.
Penuh.
Sayang nya time show tu memang tak dapat nak amek gambar atau rakam.
Cuma boleh rakan dalam kepala ja.. ehehhehe
Mula-mula persembahan culture depa.
Bercakap pun dalam bahasa depa.
Memang tak paham.
Tapi selepas tu, ada gajah, burung, kuda, ayam...
Persembahan acrobatic 3d pun ada...
Memang best.
Show start jam 9.00 malam.
Bila dah habis, nak keluar kena la lalu kat tempat jual cenderamata.
Aku cuma beli sehelai tshirt berharga RM39.00
Saja nak buat kenangan.
Tapi kualiti kain dia sangat elok.
sejukkkk ja bila pakai.. ehehhee...
Tak banyak gambar yang aku amek kat sini.
Macam terkelam kabut sikit.
Aku pun tak tau pasepa.
Maybe sebab teruja tengok tempat ala-ala fairytale kot..
ahahhaa..
Macam jakun sekejap...
Gambar ni aku letak secara random ja..
Aku guna camera handphone ja.
Dah tu malas nak edit lagi dah..
dasarrrrrr pemalas... hahahah
okey, pondok telefon depa lawa.
Dessert
Deco kat dalam
Ni la fevret soup aku.
4 kali aku tambah.
hahahha...
sibukkkk ja budak baju kuning tu. Asal aku nak amek gambaq ja, dia pun nk enterframe. haihh...
Golden Kinnaree tu tempat makan depa..
Ni antara menu yang ada.
Tapi aku makan tak habis pun.. :(
Ruang makan.
Ni la muka depan tempat show tu..
Bertemakan gajah.
Sambung day 3 pulak esok.
Okey.. bye!
No comments:
Post a Comment