Tak habis lagi la cerita Phuket ni.
Dari tahun lepas membawak pulak sampai ke tahun ni.
Jangan di bawakkan lagi sampai ke tahun depan sudahlah..
Penat hoi nak recall cerita tahun lepas.
Alang-alang dah buat, masukkan saja la..
Hari ke empat.
Aktiviti harini naik gajah.
Naik gajah ya tuan puan..
Gajah naik gajah..
ehehehe..
Agent kata akan ada driver pick up kat hotel.
Dengan semangat kebah dari demam, awal pagi dah mandi dan turun bawah untuk menunggu driver datang.
Ceeewah... kat sini la nak berlagak ada driver kan.
Kalau kat Penang ni, tak payah nak berangan ada driver bagai.
Pi kerja sila la drive sendiri.
Pi queensbay mall pun drive la sendiri.
Nan hado fefeeling nak duduk seat belakang umpama boss labu labi.
Tak tekan minyak, tak jalan la keta tu... tettttttt....
Setengah jam menunggu, masih tiada tanda-tanda minibus atau lori pick up atau apa-apa kenderaan yang boleh disyaki untuk membawa kami kepada gajah..
ohhhh.. susah bebeno nak jumpa gajah ni..
Then ada la satu kenderaan ala-ala tuktuk..
Macam lori pick up tu.
Tapi ada seat kat belakang.
Driver tu turun bawak salinan tiket atau list nama la kot.
Hanya kami berdua ja yang tercongok kat depan pintu masuk hotel.
Driver tu turun dan bertanya " you are natalie?
I said "no. im not natalie."
Terus driver tu masuk lobi hotel bercakap dengan staf kaunter.
Nampak staf hotel tu angkat ganggang telefon.
Gamaknya dia call bilik si natalie tu la kot.
Cakap kat usben, jangan agent tu silap bagi nama sudah.
After 5 minute, driver tu keluar dan datang ke arah kami.
Dia tunjukkan kertas yangdibawa.
Ada nama Natalie dan number bilik hotel..
Dan number bilik tu memang number bilik kami.
Tapi siapakah Natalie?
Kami pun memulakan perjalanan untuk ke tempat gajah.
Driver tu round area situ untuk ambil penumpang lain yang akan membuat aktiviti macam kami jugak.
Dalam 45 minit, sampai la ke tempat di tuju.
Disambut oleh staf di situ dan tunjukkan voucer yang agent bagi.
Aktiviti naik gajah selama 45 minit.
Kami dibawak naik lori tu lagi untuk naik ke bukit lebih tinggi dimana gajah tu berada.
Sampai kat atas, sorang staf lelaki sambut kedatangan kami.
Dia say hello dan bagitau gajah yang akan membawa kami ronda-ronda sekitar tu adalah gajah betina.
Namanya NATALIE.
Terus terdengar orang sebelah tergelak besaq okey!
Dan-dan tu la teringat yang driver tadi tu panggil aku natalie.
serrrrrrrr... depa ni salah nama.
Pi bubuh nama gajah kat aku.
Sampai terbahak-bahak usben gelakkan aku.
Cis!
Okey, layan kan la Natalie ni bawak kami yang berat macam dia jugak.
Ni la Natalie. dan yang seluar merah tu tukang jaga natalie. Macam muka johan rajalawak kan? hahahhaha...
Pemandangan sekitar tempat tu.
Cantikkan?
Pompuan yang bg makan ni bukan aku.
Boleh jugak bagi gajah makan.
Tapi kena beli la makanan dia ni.
Tak ingat harga berapa.
Tapi kami tak beli pun..
hahahha
Dasar kedekut hoi!
Naik gajah sudah, bemesra dengan gajah pun sudah, moh le kite balik ke tempat menunggu masa mula-mula sampai tadi.
Ingatkan dah buleh balik, rupa nya kena tunggu sampai lori tu penuh untuk angkut balik ke hotel.
Setelah diberi air untuk di minum, ada lah sorang staf kat situ bagitau yang dia akan bagi kami masuk untuk tengok persembahan monyet dengan percuma.
Kami cuma beli tiket untuk naik gajah ja.
so, ok lah kan dari terperuk tak tau nak buat apa kat situ.
Sebenarnya kat situ buleh buat macam-macam aktiviti.
Selain dari naik gajah, ada persembahan monyet, buleh naik ATV, naik kuda..
Tempat dia ada kemudahan toilet yang bersih, tempat menunggu yang ada jual jajan dan air..
Sekitar kawasan pusat jagaan haiwan-haiwan tu
Tu lah ATV.. tapi kami tak ambik pun pakej tu..
Baby gajah yang comei!
Sebenarnya dari kecik depa dah dilatih.
Tapi kesian bila tengok jurulatih depa cakuk dahi dengan sejenis alat besi kalau gajah-gajah ni tak dengar arahan..
Abam Monyet yang cerdik katanya.. Lupa dah nama abam ni apa..
Haiyakkkk.. tak sopan sungguh abam ni...
malu tau....
Sesi mengopek sebiji kelapa.
Macam-macam cara abam monyet ni buleh buat.
Pandai la kan sebab buleh mengikut arahan.
Last sekali kami dibenar untuk mengambil gambar dengan abam monyet ni.
Pandai posing okey!
Aktiviti kami di sini hanya separuh hari.
Selepas selesai persembahan monyet ni, kami gerak balik ke hotel.
Di hotel kami berehat seketika.
Kemudian kami ambil keputusan untuk jalan-jalan area situ.
Cari T-shirt dan souvenir.
Ada juga kedai yang jual tshirt dengan harga 100B.
Kami beli 2 helai.
Fridge Magnet pun murah kat kedai tu.
5 biji 100B.
Ok la kan harga tu berbanding dengan harga di Bangla Road.
Petang tu kami makan di Kesuma lagi.
Sebab esok dah nak balik.
Takut rindukan isi ketam masak kari tu..
hahhaha..
Terus kecur air liur tengok isi ketam ni..
Nak kena pi Phuket lagi neh!
Isi ketam masak kari yang sangat sedap, berlemak, berkrim, berkari.
Oh, air ni pun kena tunjuk jugak.
Harga 80B okey.
Air laici.
Mungkin harga orkid tu adalah 50B.
Ingat senang ka nak tanam orkid..
Rasa macam nak makan sekali dengan bunga tu.
Tapi nanti orang lain cakap " macam monyet dapat bunga'
Monyet dapat bunga pun dia takat ramas-ramas ja, yang hang siap makan lagi.
Teh O ais ni murah sikit.
Udang garlic stir fry kalau tak salah....sedap!
Ok. Lapaq dah...
Mana nak cari isi ketam kari tu kat penang???
Lepas makan, kami jalan-jalan kat area Patong Beach.
Dah gelap dah time tu.
Lepak-lepak kejap, kemudian jalan kat area kelab kat situ.
Macam-macam jenis kelab ada..
Pilih ja nak masuk yang mana.
Tapi kami tengok dari luar ja.
Syurga lelaki katanya...
Kat Gerbang Patong Beach.
Siapa sangka tempat ni pernah dilanda Tsunami?
Segala-gala nya dah membangun seperti sediakala...
Awal lagi time ni.
Nightlife yang sangat tak sesuai untuk kanak-kanak..
hahahhaha
Semua nyah kat sini lawa-lawa..
perghhhh...
menari tiang ada, hambat orang pun ada..
adoi...
Lelaki lah yang paling depa suka.
Siap bagi menu macam nak makan kat kedai makan.
Pilih ja mana yang nak.
Tiger Club.
Sorry la gambar blurrr...
Pakai camera hp ja.
Okey...
Sudah-sudah la cuci mata.
Jom balik dan kemas barang.
Esok dah nak balik penang...
No comments:
Post a Comment