Friday, October 24, 2014

Phuket Day 3 - Island Trip - Part II

Sambungan dari Part I

Setelah melalui Viking Cave untuk tengok scenery yang sangat indah, kami dibawa ke Monkey Beach untuk melihat monyet dan memberi monyet makan.
Pada aku yang merupakan orang penang, dah biasa sangat tengok monyet, beruk segala ni...
Sama ja perangai depa..
Guide hulurkan pisang bagi depa makan.
Orang putih dengan arab yang ada dalam boat aku ni beria la amek gambar bagai..
Kesian baby kat depan ni..
Sedang elok ja dia nak makan pisang, terus monyet tu datang dan rampas pisang dia ..
Tercengang-cengang budak tu...
Last-last nangis dia...
ehehehehe...

Jangan tak tau, monyet-monyet ni pandai berenang okey..
Boat sebelah boat dah nak gerak dah masa kami sampai, elok ja dia undurkan boat dia,
semua orang macam jerit.
Aku ni terpinga-pinga la..
Apa pasai nak kena jerit?
Rupaaaaanya...
Si monyet sekoq ni pi naik kat atas boat depa.
Yang semua jerit tu sebab boat tu dah jauh dari pantai.
So, depa macam kesian kot kat monyet ni, macam mana nak balik ke pantai...
Tapi dia lagi terer...
Elokkkk ja di aterjun, dan berenang sampai tepi pantai...
hahahhaha...
Pastu semua orang macam happy dan tepuk tangan...
Okey.


Nampak tak monyet kecik tu????













Ni la monyet yang panjat bot pastu buat acara terjun bot sambil berenang-renang ke tepi pantai...
Memang dasar nakal! hahhaha



Tak lama pun kami stop kat sini.
Gemok la monyet-monyet tu semua sebab selalu makan pisang.. 
huhuhu...

Destinasi seterusnya adalah melakukan aktiviti snorkeling.
Perut dah start bergendang sakan.
Lapaq wehhhhhh...
Usben ja yang turun,
Tapi ikan tak banyak jenis sangat.
Selepas 20 minit, kami dibawa untuk makan tengah hari di PhiPhi Island.
Memandangkan kami dah terlewat, makanan yang tinggal pun yang hado hado je la...
Ada tomyam, ayam goreng tepung dan sayur campur.
Tak tau nak bgtau rasa macam mana,
Lapar sangat.
Lepas makan, kami jalan-jalan kat pulau tu.
Berkaki ayam saja kekdahnya.
Ada kedai jual souvenir.
Tak beli pun. Just cuci mata.

Dalam sejam lepas tu, kami bergerak menuju ke Khai Island.
Kat sini agent bekalkan dengan buah dan air.
Duduk santai-santai macam orang kaya!
Sambil berenang-renang kat laut...
syahduuuuuuu nya la...

Kerusi malas berpayung banyak kat sini.
Tapi bukan free.
Dikenakan bayaran 100B kalau tak salah. (lupa dah)
Sambil rehat kat kerusi tu, sambil menikmati buah nenas yang manis , buah tembikai yang manis dan sejukkk yang dipotong oleh guide kami. 
Tak perlu bangun untuk ambil buah tu.
Guide akan round berkali-kali kat kerusi kita.
Sila lah makan sampai kenyang.
Dijamu air oren bikarbonat tu...
... ohhhhhhh... rindu nya nak ke phuket lagi!


Atas: Snorkeling sebelum lunch
Bawah: Kerusi malas yang kena bayar. So, duduk la lama-lama jangan bangun.


Kami diberi masa sejam di Khai Island ni.
Ni kira last point sebelum bergerak balik ke jeti.
Sempat la mandi sikit-sikit.
Air cantik, jernih.
Tapi banyak karang mati.
Dan bot pun parking kat sini.
So rasa macam asyik bau minyak dan asap bot ja. *bot ada asap gak kan???

Mandi lah kami di sini sampai kulit hitam.
Panas ye, so sila la pakai sunblock.
Ada juga dijual jagung bakar dan lain-lain makanan dan jajan kat sini.
Di gerai pun ada, yang tak dak gerai pun ada.
Depa jalan offer kat orang kalau-kalau ada yang nak beli.
Tapi kami tak beli pun.

Sejam selepas tu, bot kami bergerak balik ke jeti.
Panas, mengantuk, letih semua ada.
Usben dah start rasa tak sihat badan.
Demam dan selsema.
Badan pun panas.

Sampai hotel, makan megi sebab malas nak keluar.
Usben makan ubat. terus tido dari lepas maghrib sampai jam 3 pagi.
Nasib demam dah kebah.
Lapar pulak, tapi masing-masing malas nak keluar cari makan, tido ja sampai esok pagi.
Tak sure kedai makan bukak tak time pagi-pagi buta macam tu.
kalau kelab banyak la yang buka.
Ayam ada la...



No comments: