Selesai cerita Phuket yang tersangkut selama setahun tu, mari lah kita pulang ke negara tercinta pulak.
Pulau Langkawi ni terletak di utara ya, iaitu di Negeri Kedah.
Kot-kot lah ada jugak yang terkonfius.. eheheh...
Ini bukanlah trip pertama ke Langkawi.
Setiap tahun kami memang ulang dan ulang dan ulang ke sini macam lah mama dengan abah di lahirkan di sini..
Bermula tahun 1992 [aku darjah empat], sehingga lah sekarang..
Ini lah tempat wajib kami sekeluarga...
Trip kali ni kami bertujuh.
Abah.Mama.Aku.Usben.Adik.Adik ipar.AnakBuah.
Tiket Firefly kami beli pada bulan Februari lepas.
Murah ja masa tu.
Harga untuk 6 orang + 1 infant baru RM500.00++
Tarikh : 17 November 2014 - 20 November 2014
Penginapan : Langkapuri Inn, Pantai Cenang [standard room RM110 untuk 1 malam]
Transport : Nissan Serena [RM120 sehari]
Kami lebih suka ke sana time bukan cuti sekolah.
Tak la ramai bersesak-sesak sangat orang.
Harga chalet dengan kereta pun tak la mahal.
Jam 10.30 aku gerak dengan usben ke rumah parent.
Dekat ja pun.
Then, 10.45 gerak ke Airport pulak, dalam 5 minit dah sampai.
See... dekat kan? hahahhaha...
Aku try nak check in online tapi tak dapat sebab ada infant.
So kena ke airport la untuk check in.
Aku yang beli tiket, so nama anak buah aku, Arianna diletakkan dibawah nama aku.
Settle semua urusan, kami masuk untuk check in.
Flight jam 12.00 tengah hari.
Nasib lah tak delay.
Bersemangat okey nak bersantai-santai berlari-lari berkejaran...
Kerja dan masalah?????
Tinggai di Penang!
Bye-bye..
hahahhaha....
Memandangkan nama Arianna ada dengan aku, aku yang dukung dia. Merasa la untuk menjadi orang pertama naik flight!
hahahha...
Jakun sangat....
Nampak wajah-wajah gumbira dan ada yang mengantuk???
hahahhaha...
Masa ni tengah tunggu gate dibuka.
Jam 12.35 kami selamat tiba di Airport Langkawi.
Settlekan urusan transport, terus kami ke Jom Ikan Bakar untuk lunch.
Seperti yang dijangka, memang ramaiiiiiii sangat orang.
Adoi...
Jenuh berebut meja.
Bertahun-tahun dah kami suka lunch kat situ.
Ikan bakar sedap, lauk banyak jenis. Fresh....
Air pulak buleh tambah ja berapa kali pun.
Air sarsi. Air Anggur. Teh O Ais atau Sirap.
Kalau nak oder air lain pun buleh.
Tapi kena bayar la.
Kali ni tak ambil ikan bakar.
Sebab malas nak menunggu.
Lain hari buleh datang lagi kan...
Sebelah Jom Ikan Bakar ni ada kedai bakery.
Owner melayu.
Lupa nama kedai.
Tapi kek dan roti kat situ sedapppppp...
Lepas makan, terus ke Langkapuri Inn.
Nak rest kemudian nak ke Pekan kuah untuk ambil Ketam dan Udang Lipan kat kawan Aida[adik].
Chalet ni best.
Last year aku stay sini tapi ambil bilik Seaview.
Tapi tahun ni saja nak try Garden View pulak.
Sama ja kekdahnya macam ambil Seaview...
Sebab bilik aku memang nampak laut walaupun duduk atas katil.
Kami ambil 3 bilik.
Harga murah dan termasuk dengan sarapan pagi.
Menu okey la.
Buleh lapik perut.
Jangan expect terlalu tinggi.
Padan la dengan harga...
So, setiap pagi kami dah save duit sarapan..
hahahha...
View pantai dari bilik aku, 201.
Bilik kami : 201, 202, 203.
Yang nampak bumbung sebelah kanan tu adalah bilik Seaview yang aku stay tahun lepas.
Luas jugak Langkapuri Inn ni.
Ni kira kawasan di belakang la.
Ada lagi 1 lorong di depan Bilik Receptionist.
Sebelah Receptionist tu Cafe.
Pada aku, chalet ni okey la.
Lokasi startegik.
Keadaan bilik pun okey.
Toilet pun okey.
Aircond sejuk...
Lepas 2 jam berehat, jom la kita ke destinasi yang penting buat mama.
Pi makan laksa sedap kat area Tanjung Rhu.
Di hujung benua okey..
Last year dia tak sempat nak makan, sebab dah habis [sebab lewat sampai]..
Dari Pantai Cenang nak ke Tanjung Rhu agak jauh.
Dalam 45 minit macam tu [tersesat salah masuk lorong bagai]
Tapi laksa akak tu tak la sampai ke kawasan Tanjung Rhu Resort.
Lokasi dia terletak di depan bangunan Kastam Unit Narkotik.
Lama dah akak ni meniaga.
Dari anak dia kecik-kecik sampai la dah anak dara.
Dulu hanya ada laksa, bihun sup, keropok lekor dan rojak serta air.
Sekarang sate ayam,pisang n ubi goreng, jagung bakar dan sosej/bebola bakar dah ada.
Keropok lekor kat sini memang sedap.
Tapi tak buleh lawan kepok lekor terengganu la...
ehehehhe...
Pantai kat sini pun cantik.
Tapi tak sure la selamat atau tak untuk mandi.
Sebab masa kami di situ, tiada siapa-siapa pun yang berenang-renang kat pantai tu.
Meja tiada alas okey.
Masa kami sampai, baru lepas hujan lebat.
Tiap-tiap kali kami kesana, mesti hujan lebat beserta dengan angin kencang.
Pernah sekali tu, pinggan mangkuk polisterin habis terbang.
Antara menu yang ada.
Sate ayam besar-besar.
Bihun sup sedapppp
Sosej bakar, sate dan apa ntah yang empat segi tu...
Laksa mabelesssss...
Lagi sedap dari Laksa Airport..
Penah makan laksa airport tu, tak kena dengan selera gamaknya..
Goreng pisang dengan ubi..
Kulit rangup.
Gambar kepok lekor tiada.
Dalam hp kot.
Sebab masa kami sampai, kepok lekor dah habis.
Kami start makan, baru supplier datang hantar.
Kawasan pantai cantik...
Kereta apa aku tak tau.
Boleh disewa rasanya..
Ada jetski juga.
Tapi tak tanya harga.
Selesai makan, kami bergerak menuju ke pekan Kuah untuk ambil ketam dan udang lipan.
Adik aku pernah pelajar di Langkawi dulu..
So, classmate dia orang sini.
Ayah nya kerja sebagai Nelayan.
Adik aku oder dan mintak tolong dia rebus ketam dan udang tu.
Sebelum cari makanan untuk dinner, sempat lagi mandi laut seround dua..
Mana buleh tahan..
Dalam pukul 7.30 macam tu baru kami balik ke bilik, mandi dan keluar cari makan.
So, makan malam kami hanya beli nasi goreng kat gerai depan chalet saja.
Nasi goreng biasa RM5.90 okey!
Nasi goreng pataya RM6.90..
perghhhhhhh...
Macam berada di Phuket!
Beli bungkus dan makan di bilik.
Gambar ketam ja yang ada.
Udang tak sempat nak snap sebab anak buah meragam..
Sebab kena tinggai!
heheheh
Malam tu, lepas makan, saja jalan-jalan kat gerai-gerai depan jalan tu...
Ada jualan Thai kat depan Underwater.
Tapi tak banyak, dan tak la murah sangat...
Then, jalan tepi pantai.
Ada orang jual jagung bakar dan sosej bakar.
Nak beli jagung, tapi aku dengan usben masing-masing tak bawak beg duit.
hahahha...
Sebenarnya, lepas jalan2 kat depan underwater tu, kami balik ke bilik masing-masing.
Tapi usben ajak jalan-jalan pantai...
Ada jugak tempat yang agak happening...
Buleh lepak-lepak sambil minum.
Ada jugak yang melepaskan lantern sambil berniat.
Masalahnya ada jugak melayu yang buat macam tu...
Masalah negara betui....
ok. dah....
No comments:
Post a Comment