Wednesday, August 09, 2017

Family Trip :: Day 1 Part 1 :: Gold Coast Australia - Coolangatta Airport - Point Danger Lookout, Tweed Heads ::

okeh.. sambung balik cerita trip Gold Coast ni.

Flight dari PEN - KUL adalah petang. 
Dalam jam 4 petang.
Flight dari KUL - OOL Airport dalam jam 8 malam (tang sini aku terlupa dah)
Kami naik Airasia. 
Okey jugak sebab seat kami di belakang ditengah-tengah.
1st time untuk Omey naik flight malam.
Masa tu dia takut pada kegelapan.
Berselang seli menangis dengan budak depan seat aku.
Sebaya Omey jugak.
So terpaksa aku pujuk, dukung bagai.
8 jam dalam flight, aku langsung tak boleh tido.
Dah tu terpaksa berdiri untuk dukung Omey.
Sungguh aku kena buli.

Sampai di Coolangatta Airport lebih kurang jam 8 pagi waktu Gold Coast, kami tak perlu buka-buka beg bagai untuk tunjuk ke immigration barang-barang yang di bawa.
Depa cuma tanya, ada bawak susu baby? kami jawab ya je.. 
Then pegawai tu suruh kami ikut laluan sebelah kiri, jalan terus keluar.

Di sini aku lupa nak ambil gambar airport sebab terlalu letih.
Sepanjang malam tak tidoq.
Kesian aku.
Sambil-sambil tunggu kak rose pick up kami, sempat la cuci muka, salin baju, minum coffee..

Dalam setengah jam menunggu, kak rose datang dengan usben dia, abg din. Bawak kami balik ke rumah kak rose merangkap homestay kami.
Rumah kak rose terletak di Helensvale. Sangat dekat dengan Seaworld, Movie World dan Wet n Wild Theme Park.

Suasana kawasan tu sangat tenang. Tak dak keta banyak-banyak bagai.. 


Tu lah rumah kak rose merangkap homestay kami sepanjang kami berada di sana. Naik van yang macam dalam gambar tu.
Rumah sangat selesa, luas, cantik.

Lepas letak beg dalam rumah, kami keluar ke tempat pertama, Point Danger Lookout, Tweed Heads. 
Makanan untuk breakfast pun kak rose dah sediakan.
So kami berpiknik dekat situ ja la...

Perjalanan ke sana banyak view yang cantik.

Point Danger Lookout, Tweed Heads (sumber: En.wikipedia)

Point Danger is a headland, located at Coolangatta on the southern end of the Gold Coast on the east coast of Australia. Separated by Snapper Rocks and Rainbow Bay to the west, with Duranbah Beach and the Tweed River mouth to the south, present-day Point Danger has also indicated the border between New South Wales and Queensland, Australia, since 1863.

The point is the location of the Captain Cook memorial and lighthouse, the Centaur Memorial and Walk of Remembrance, the Marine Rescue NSW Point Danger station, and the southern end of the Gold Coast Oceanway.

The Centaur Memorial remembers the sinking of Australian Hospital Ship Centaur by a Japanese submarine on 14 May 1943. The Walk of Remembrance commemorates other ships lost to Japanese and German action during World War II and takes the form of plaques arranged in a semicircle around the lookout fence.

Cuaca time kami ke sana dah nak masuk summer. 
Jadinya agak panas sikit cuaca. Tapi masih berangin dan tak berpeluh la sangat. 



Permandangan dari atas 


pasir putih tepi pantai.. ombak saling berkejaran.. feeling-feeling amalina di Gold Coast..


Bangsal untuk berehat. Bangsal eh orang panggil?


angin agak kuat kat sini, sampai boleh bawak masalah di opis terbang sekali 



Iron Knight, bukan Iron Man 


Meruntun jiwa lara bila tengok pemandangan macam ni




Bukan hang saja nak lepak-lepak sambil makan bihun goreng kat sini, dia pun nak jugak..


Langit nan membiru, rumput yang menghijau.. saujana mata memandang.. ehehhe


Subhanallah.. speechless..


tak pasti tu jaring apa..


ni lah budak yang buli aku atas flight malam tu.. nasib baik aku sayang, kalau tak memang kena cepuk dah..


dia dah lock hati dia kat sini.. teringin nak kawen ngan omputeh ke?



cari budak tersembunyi 




main jumanji?




Tempat ni macam park yang boleh berkelah-berkelah jugak. 
Sangat bersih, nyaman dan luas..
kira boleh feeling-feeling nyanyi lagu hindustan sekali dengan berguling-guling atas rumput tu.. 


batu pemisah antara Queensland dan New South Wales
boleh main lompat-lompat ja..
lompat belah kanan, dah ada di NSW, lompat mai belah kiri, dah berada di QLD

Disini jugak ada toilet awam disediakan. 
Nampak macam sunyi, tapi bersih. Memang bersih.
Walaupun dalam toilet tak dak hose, di sinki luar tu ada paip air dan tisu.
Di Gold Coast ni botoi ayaq mineral dan tisu sangat lah berguna okeh.

Agak lama jugak kami di sini sebelum kami bergerak ke Currumbin Wildlife Sanctuary.
Sepanjang perjalanan tu aku dapat amek gambaq ni ja..




posto! posto!



Chemist.
ni semua dunia.. perfume murahlazoh kat sini


pie shop.. 
tak tau la halal ka tak halal





rumah bertingkek tingkek 










aku suka konsep ni..
orang dok depan, barang ikut kot belakang






mural



Nanti sambung cerita ke Currumbin Wildlife Sanctuary pulak okeh!





1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)