"KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.
Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya. "Sumber : SINI
Alhamdulillah..
Semalam Perdana Menteri dah umumkan bantuan khas hari raya untuk penjawat awam.
Ada jugak rezeki tahun ni.
Pada aku banyak jugak la yang boleh dibuat dengan duit tu.
Sekejap ja dah 16 hari kita berpuasa.
Ini tahun yang pertama aku berpuasa di rumah sendiri.
Balik keja, terus berkuntau di dapur nak siapkan juadah berbuka.
Nasib baik usben aku jenis yang simple.
Masak 1 jenis makanan pun dah cukup.
Bersahur pun tak jadi masalah.
Ikan bilis goreng bawang pun okey dah.
Makan pulak dengan nasik panas letak kicap...
Licin pinggan nasik tu.
Raya tahun ni, in shaa Allah aku beraya di Penang.
Tahun lepas turn Pedu.
Suka sangat. :)
Persiapan raya dah settle dah sikit.
Pesanan usben aku " berbelanjalah dengan berhemah"..
No comments:
Post a Comment