Friday, August 30, 2013

:: Raya 2013 - Raya Ketiga di Pedu ::

Orang dah berzaman sampai kemana hala, aku baru dok taip cerita raya ke tiga aku...
Nampak sangat ketinggalan...
Orang dah ke bulan, aku baru nak pi Dubai...
hahahha...

Berbalik pada cerita...
Raya ketiga aku tak kemana-mana..
Last minute plan, nak buat BBQ..
BBQ sangat.. 

Pagi-pagi, usben dan ipar2 duai aku yang lelaki ditugaskan pi beli barang-barang untuk bbq nanti.
Kata depa, kalau kami yang pompuan ni yang pi, alamatnya jam 12 tak selesai beli dan belah pun lagi...
Kunun nya kalau lelaki yang pi beli barang, akan cepat balik la..
Kita tengok ya tuan-tuan sekalian...

Berbekal kan list dan duit, group lelaki pegi pasar dan membeli, 
kitorang yang pompuan ni, sila masak untuk makan tengah hari nanti.
*jemu okey asik makan ketupat rendang sampai hari ketiga ni.. *

Menu harus simple, ayam goreng kicap, pekasam goreng cili kering bawang, sambal dan ulam-ulam segar...
Pekasam pulak hasil kerja tangan ayah mentua aku..
Perghhhhhh... pak mentua lalu sebelah pun buleh tak sedaq (ok. aku tipu)!

Settle masak jam 12.30, sebab mula pun lambat.
Tapi... yang si jejaka-jejaka ke market tu, belum sampai umah lagi...
See? 
Sapa yang lagi gigih membeli belah ni?

Jam 12.45 baru depa sampai rumah.
Lepas makan, prepare barang untuk bbq malam tu pulak.
Simple-simple ja menu.
Perap pun simple-simple...
Resepi perap pun main letak ja..
Idea dari semua orang dalam rumah ayah mentua aku tu...

Menu:
Ayam Bakar
Daging Bakar
Bebola ayam/ikan
Sosej

Tu ja..
Tak nak buat banyak-banyak sebab takut tak habis.
Bila tak habis, buang dalam tong sampah.
Tak ke membazir nama dia..
Amalan syaitonnirojimmmm....
ish ish ish...

Sebenarnya kitorang buat hanya untuk family yang ada dalam rumah tu ja.
Rupanya, ada jugak tetamu yang sampai untuk beraya.
Langkah kanan la depa...

Ayam 5 ekor ja, daging 5 kilo...
Nasib baik cukup...

Sebelum nak bakar ayam daging segala, kena sediakan tempat bakar dulu.
Untung nya jadi orang kampung, sebab tak payah nak beli tempat bakar.
Buat ja sendiri.
Cuma beli dawai kotak2 tu ja...

Hasil binaan usben aku dan abang ipar.


Pelekat api dulu


oh.. meja ni pun depa buat jugak.
Penutup meja tu, pakai ja langsir yang tahun lepas punya..
hahahha




Kesian anak-anak buah aku..
Lanbat sangat nak masak, makan ice cream dulu...



From left: Farzana, Iylia dan wafa..
Iylia tu dah darjah 2 okey...
Yang 2 orang lagi tu, baru 4 tahun..


Ayam tengah kena sauna dan mandi rempah.
Seksi kan?


Daging pun sama


Ni sosej yang diperap dengan Perencah Nasi Goreng Adabi


Bebola ayam dan ikan pun sama


Masa ni tengah kelam kabut.
Sebab api still kuat..
Menggelabah ayam semua.




Tengok?
Hitam-hitam belaka..

Plan asal adalah begini:
Kaum hawa, siang ayam, daging dan perap.
Kaum adam, sedia tempat bakar dan bakar makanan.

Kesudahannya:

Kaum adam lari mengadap bola kat tv.
Barca lawan Malaysia kot.

Kaum hawa, sila la bakaq ayam daging tu.
Dah la gelap..
hahahha...

Mula-mula ja ter "gelap" sikit ayam tu, 2nd batch dah cantik dah rupa ayam bakar tu...




Ni la family Tok Yam.
Mak sedara arwah mak mentua aku.




Sudahnya, licin habis ayam daging dan sosej semua tu...
Lega...
Tak la membazir kan....
ahahha...

Bye.

Friday, August 23, 2013

:: Raya 2013 - Raya Ke Dua -Pedu, Kuala Nerang ::

Dalam perjanjian aku dengan usben aku, kalau raya pertama aku beraya di Penang, raya kedua haruslah balik ke Pedu. 
Begitulah sebaliknya.

Untuk tidak memungkiri janji, aku pun pack la baju dan barang-barang yang nak aku bawa.
Konon nya la nak gerak dari rumah aku jam 8.00 pagi.
Akibat kepenatan melayan tetamu kat rumah mama semalam nya tu, jam 9.30 pagi adik ipar aku call, baru aku tersedar dari tido..
hahahha..
Pagi la sangat kan..
sudahnya, jam 12 tengah hari aku masih ada kat rumah mama, dok makan nasi minyak semalam.*ini semua poyo!*

Jam 12.30 gerak dari rumah mama.
Jalan tak la sesak.
Kat hiway pun okey-okey ja time aku balik aritu.

Kami sampai kat rumah mentua aku jam 3 lebih.
Cuma ada family kakak ipar aku ja.
Yang lain-lain tak sampai lagi.

Dah petang baru semua sampai, then depa decide nk pi beraya rumah sedara mara.

Rumah pertama yang kami pegi adalah rumah Pak Ngah Halim.
Pak ngah halim ni ayah sedara suami aku.
Tak masuk dalam rumah pun. 
Juz lepak kat atas pangkin besar depan rumah sambil makan buah rambutan yang dipetik sendiri dari pokok keliling rumah dan jugak kuih raya.



 :: oh.. gambar aku memang harusssss ada ::


 :: dan lagi.. ::


:: Pangkin bawah rumah tu.. ::


:: kakak ipar aku , adik ipar aku dan jugak anak-anak buah aku ::


:: From left: Chah (adik ipar aku) ; aku ; Kak Yah ( kakak ipar aku) ; Yana (anak buah aku) ::


:: bapak buah dan anak buah ::


:: iylia anak buah aku yang pemalu ::


:: anak buah aku lagi; atikah ::


:: kakak ipar aku yang slim, Kak Mah ::

Okey, memang kakak dan adik ipar aku slim-slim belaka..
Aku ja yang sangat "sihat".
Biras-biras aku pun kecik-kecik ja...
Nampak sangat Usben aku memang sangat pandai mem "bela" aku...
hahahha....

Next, rumah Tok Yam.
Tok Yam ni mak sedara kepada arwah mak mentua aku.
Makan biskut raya jugak.
Kat rumah ni aku tak sempat nak ambik gambar sebab sibuk makan kuih raya.

Rumah ketiga, kat area situ jugak.
Nama kampung aku lupa.
Rumah Tok Su.
Nama Tok Su ni aku tak tau.
Anak dia semua lelaki dan hensem-hensem.
*tolong lah percaya*
Tapi semua dah kawen.
Rumah Tok Su ni memang meriah.
Anak menantu dan cucu yang ramai...


:: Rumah Tok Su ::


:: Yang bertudung polka dot n tudung labuh tu menantu Tok Su.::


Lepas balik dari rumah Tok Su, singgah rumah Pak Ngah Man di Padang Setol.
Pak Ngah Man ni abang kepada ayah mertua aku.
Kat sini lupa nak ambil gambar sebab sibuk minum air teh dengan kuih raya.
Kesian kat Mak ngah aku.
Setiap kali raya, setiap tahun bekalan air tak dak.
Nak buat apa pun susah. 
Kesian kan.
Syukur la kat rumah aku tak jadi macam ni.

Dalam jam 11 malam, balik rumah, cari nasi putih, goreng ikan pekasam, then makan berjemaah. 
Settle.

ok. bye.




:: Raya 2013 - Raya Pertama ::

Hari ni dah 16 Syawal 1434..
Ohsemnya..
Aku baru berkesempatan nak buat cerita raya aku..
hahahha..
Blog orang lain dah ada 7 hingga 8 cerita raya, aku baru la tengah gigih untuk edit gambaq, baru tergigih nak cari idea dan menaip.. 

Tapi takpa..
Asalkan ada dari tak dak kan..

Tahun ni turn aku beraya di Penang dulu.
Rumah abah n mama aku of coz...

Last year aku beraya di kampung usben aku..
Kat Pedu, Kuala Nerang..

Suasana raya kat sana lain sikit la dari di Penang.
Menu utama kat sana ketupat pulut dan jugak lemang.
Aku dah terbiasa makan nasi impit di pagi raya, jadinya, bila di rumah mentua aku tak dak nasik impit, aku jadi pelik..
hahahha...

Tapi ayah mentua aku masak lemang sangat sedap.

Sehari sebelum raya baru aku bercuti. 
Time tu la baru nak tolong mamabasuh ayam, potong daging, bawang dan sediakan bahan-bahan untuk masak rendang..

Tahun ni jumlah ayam yang mak aku masak dikurangkan jadi 6 ekor ja. 
Tak macam tahun-tahun sebelum ni. 
10 ekor.
Tahun ni kurangkan penggunaan ayam sebab aku menyahut seruan menteri supaya tak payah beli ayam kalau harga ayam mahal.. 
huhuhu...

Aku ni kalau bab makan, kalau boleh semua nak suruh mama aku masak.
Beria-ia la nak makan rendang ayam, rendang daging, kuah kacang,ketupat pulut, nasi impit, sambal tumis santan udang besar...
hohoho.. tudia... selera sungguh.
ish ish ish... bini sapa la tu.. ahahha...
Tapi kuah kacang tak sempat nak buat sebab bila aku dah makan rendang, tetiba rasa macam tak nak makan kuah kacang pulak.. 

Kuih raya pun aku tak buat.
Adik aku buat 2 jenis, mak aku buat 2 jenis.
Then aku order 3 jenis biskut, 2 jenis kerepek..
Tu ja..

Malam raya aku stay kat rumah mama aku sampai jam 12 malam.
Abah pasang pelita.
Usben aku repair lampu kelip-kelip biru yang tak menyala tu...
Sampai sudah tak boleh nyala.. kompem aaar rosak dah.

Tahun ni pertama kali sambut raya dengan adik ipar aku.
Jadinya kami ber enam la..
Abah, mama, aku, usben aku, adik aku dan adik ipar aku..
Tu je la ahli keluarga sebelah aku. 
Family kecik yang sangat kiut.. hahahah

Pagi raya tahun ni, aku sempat ke masjid.
Selesai solat, terus balik rumah mama..
Rumah kecik aku tu, dah jadi macam hotel.
Balik untuk mandi salin baju dan tido ja..
selebih nya aku kat rumah mama...

Rombongan pertama yang sampai kat rumah aku adalah kawan-kawan mama.
Ex-officemate sebenarnya.
Family cina okey, tapi sangat suka makan masakan melayu, terutamanya kari ayam dengan nasi minyak mama..
Sorry time ni aku busy, sampai lupa nak amek gambaq.

Sebenarnya bukan time tu ja, semua time orang datang rumah lah aku tak sempat nak amek gambaq..
Rugi kan? 
Tapi takpa.. setiap kenangan dan memori yang suuuuweeeet sangat tu aku dah rakam masuk dalam ingatan aku.*pitam!*

Aku cuma sempat ambil gambar kalang kabut dengan suami aku dan adik aku ja.. ehehehe...

Dengan mama n abah pun tak dak jugak gambar..
Minggu depan la aku set untuk ambik gambar family dengan photographer. 



:: Aku dan adik aku ::


 :: Adik-adik dara jelita merangkap anak-anak sedara sebenarnya ::
:: From Left: Nabila, aku, Ain (yang kecik tu), Aida (adik aku) dan Fatin ::



::Oh! ni aku dan suami::

Ni ja antara gambar yang aku sempat ambil pun.

Aku balik ke Pedu, Kuala Nerang pada pagi raya kedua.
Nanti aku buat cerita raya di pedu pulak..

Apapun, aku rasa masih tak terlambat lagi nak buat ucapan;

Selamat Hari Raya,
Maaf atas segala kesilapan yang telah aku buat melalui tulisan aku di blog ini, di FB..

Untuk kawan-kawan di office (kalau lah depa baca);

Mohon maaf atas segala perbuatan aku yang menyakitkan hati atau kata-kata berbisa yang keluar dari mulut aku.