Friday, August 30, 2013

:: Raya 2013 - Raya Ketiga di Pedu ::

Orang dah berzaman sampai kemana hala, aku baru dok taip cerita raya ke tiga aku...
Nampak sangat ketinggalan...
Orang dah ke bulan, aku baru nak pi Dubai...
hahahha...

Berbalik pada cerita...
Raya ketiga aku tak kemana-mana..
Last minute plan, nak buat BBQ..
BBQ sangat.. 

Pagi-pagi, usben dan ipar2 duai aku yang lelaki ditugaskan pi beli barang-barang untuk bbq nanti.
Kata depa, kalau kami yang pompuan ni yang pi, alamatnya jam 12 tak selesai beli dan belah pun lagi...
Kunun nya kalau lelaki yang pi beli barang, akan cepat balik la..
Kita tengok ya tuan-tuan sekalian...

Berbekal kan list dan duit, group lelaki pegi pasar dan membeli, 
kitorang yang pompuan ni, sila masak untuk makan tengah hari nanti.
*jemu okey asik makan ketupat rendang sampai hari ketiga ni.. *

Menu harus simple, ayam goreng kicap, pekasam goreng cili kering bawang, sambal dan ulam-ulam segar...
Pekasam pulak hasil kerja tangan ayah mentua aku..
Perghhhhhh... pak mentua lalu sebelah pun buleh tak sedaq (ok. aku tipu)!

Settle masak jam 12.30, sebab mula pun lambat.
Tapi... yang si jejaka-jejaka ke market tu, belum sampai umah lagi...
See? 
Sapa yang lagi gigih membeli belah ni?

Jam 12.45 baru depa sampai rumah.
Lepas makan, prepare barang untuk bbq malam tu pulak.
Simple-simple ja menu.
Perap pun simple-simple...
Resepi perap pun main letak ja..
Idea dari semua orang dalam rumah ayah mentua aku tu...

Menu:
Ayam Bakar
Daging Bakar
Bebola ayam/ikan
Sosej

Tu ja..
Tak nak buat banyak-banyak sebab takut tak habis.
Bila tak habis, buang dalam tong sampah.
Tak ke membazir nama dia..
Amalan syaitonnirojimmmm....
ish ish ish...

Sebenarnya kitorang buat hanya untuk family yang ada dalam rumah tu ja.
Rupanya, ada jugak tetamu yang sampai untuk beraya.
Langkah kanan la depa...

Ayam 5 ekor ja, daging 5 kilo...
Nasib baik cukup...

Sebelum nak bakar ayam daging segala, kena sediakan tempat bakar dulu.
Untung nya jadi orang kampung, sebab tak payah nak beli tempat bakar.
Buat ja sendiri.
Cuma beli dawai kotak2 tu ja...

Hasil binaan usben aku dan abang ipar.


Pelekat api dulu


oh.. meja ni pun depa buat jugak.
Penutup meja tu, pakai ja langsir yang tahun lepas punya..
hahahha




Kesian anak-anak buah aku..
Lanbat sangat nak masak, makan ice cream dulu...



From left: Farzana, Iylia dan wafa..
Iylia tu dah darjah 2 okey...
Yang 2 orang lagi tu, baru 4 tahun..


Ayam tengah kena sauna dan mandi rempah.
Seksi kan?


Daging pun sama


Ni sosej yang diperap dengan Perencah Nasi Goreng Adabi


Bebola ayam dan ikan pun sama


Masa ni tengah kelam kabut.
Sebab api still kuat..
Menggelabah ayam semua.




Tengok?
Hitam-hitam belaka..

Plan asal adalah begini:
Kaum hawa, siang ayam, daging dan perap.
Kaum adam, sedia tempat bakar dan bakar makanan.

Kesudahannya:

Kaum adam lari mengadap bola kat tv.
Barca lawan Malaysia kot.

Kaum hawa, sila la bakaq ayam daging tu.
Dah la gelap..
hahahha...

Mula-mula ja ter "gelap" sikit ayam tu, 2nd batch dah cantik dah rupa ayam bakar tu...




Ni la family Tok Yam.
Mak sedara arwah mak mentua aku.




Sudahnya, licin habis ayam daging dan sosej semua tu...
Lega...
Tak la membazir kan....
ahahha...

Bye.

2 comments:

Murni Alfathunnisa said...

yang batch mula2 tu trial n error. hitam tu la menawan...kikikik. dok kampung ni senang, semua benda simple. kalau raya kat bandor ni semua nak kena presentable..tambah2 kalau jemput ramai tetamu.

akak raya tahun ni takdak bbq, next year la pulak..

Nana said...

bestnye dpt BBQ. kalau kita berpeluang. rs seronok dpt berkumpul..