Sambungan dari cerita day 1.
Selepas memori daun pisang basah lencun semalam nya tu, sememangnya kami tak kemana-mana.
Rasa kenyang, mengantuk, letih sebab jalan dan berlari-lari anak balik ke hotel...
Kami decide untuk tido ja...
Pagi hari ke-2, selepas makan megi dan roti gardenia yang dibawak dari penang, dalam jam 09.30 pagi waktu tempatan, kami keluar berjalan kaki ke area Patong Beach.
Tak la jauh sangat, dalam 20 minit berjalan kaki dari hotel ja.
Memang banyak agen pelancongan di sini ya.
Money changer pun banyak.
7 eleven pun memang banyak kat sini.
perggggghhh...
Jalan sikit jumpa 7e, jalan sikit jumpa 7e...
ehehehe...
Patong beach ni ala-ala macam kat batu feringghi jugak la.
Tapi lagi banyak gerai dan hotel-hotel.
Kalau dah siang-siang pun best, malam apatah lagi.
Jalan-jalan kat tepi pantai.
Nyamannnnn ja rasa.
Air laut depa memang best la.
Sampah pun tak dak.
Kebanyakkan agen kat sana bukak kedai jam 10.30 waktu tempatan.
Jalan punya jalan, aku stop di kedai SWAT no 8.
Kebanyakkan blog dan forum yang aku baca, agen ni antara yang murah la.
Mula-mula aku tanya pakej ke pulau.
Sebenarnya aku decide nak pi James Bond Island.
Harga yang dia bagi kat aku THB1000.00 per pax via ferry.
Akan pi 4 island;
James Bond Island;
Panak Island;
Hong Island;
Lawa Island.
Lepas tu aku tanya pakej Phi Phi Island.
Harganya THB1200.00 per pax via speedboat.
Phiphi Island;
Maya Bay;
Loh Samah Bay;
Monkey Beach;
Phiphi Don;
Khai Island.
Sudah...
Aku dah terbelah bagi pulak nak ke mana satu ni.
Yang si penjual ni nama dia chacha.
Dia juga muslim.
Dia dok pujuk aku ke phiphi island.
Kalau boleh aku nak pi kedua-dua pulau ni.
Tapi kekangan masa...
Kena pilih 1 ja la..
Jadinya aku amek pakej ke phiphi island pada hari ke 3.
Settle.
Lepas tu aku tanya pakej ke Phuket Fantasea pulak.
chacha bagi harga THB1500 per pax termasuk halal dinner.
Aku ambik lagi pakej elephant ride dan airport transfer untuk balik nanti.
Elephant ride dia bagi harga THB550 perpax untuk 45 minit.
Airport transfer THB150.00 per pax by minibus.
Pada aku, harga tu reasonable la.
Lagipun masa aku pi, memang ramai tourist dari arab dan mat saleh.
Dah nak masuk peak season dah pun.
Lepas beli pakej, jalan-jalan area patong beach tu sambil-sambil cari makanan halal untuk lunch.
Tak jugak jumpa.
Lastly, decide ke Junceylon Mall, sebab aku pernah terbaca kat sana ada food court yg ada makanan halal.
sejam lebih terpusing-pusing dalam mall tu, tak jumpa jugak.
Alahaiiii...
Kaki dah penat, berjalan dari jam 9.30 pagi sampai 2.30 petang.
Bayangkan la punya jauh kami berjalan.
Lapar kot....
Cari pintu keluar mall, ternampak satu stall jual pankek halal.
abang tu siap cakap siam dengan kami.
aku pun blur2 ubi ja dengar...
Then dia tanya, 'dari mana?'
legaaaaaaaaaa...
ada jugak orang tau cakap bahasa melayu...
muahahaa..
terus beli pankek pisang, lepas tu tanya kedai makan halal yang terdekat.
Dia suggest pi kat Baanzan market.
Atas tu ada kedai makanan halal katanya.
Sampai Kat Baanzan market tu,
ya betui.....
nama kedai BANGOH Seafood.
aku oder Nasi goreng seafood dan nasi goreng udang.
Bayaran pakai kupon kad ya.
Kena beli kad di kaunter kad.
Bila ada balance di kad tu, boleh refund dapat baki balik.
ok la kan..
untuk 2 nasi goreng tu masing-masing harga THB40.00
Sedap...
Ulam dan sambal belacan free dan sedap serta boleh refill.
Nasi Goreng Udang yang sedap.
Perahkan limau tu atas nasi goreng dan rasanya..... sedappppp.
Harga THB 40.00
Tomyam campur yang sangat pekat dan sedap serta lemak berkrim dan kurang pedas..
THB150.00
Nasi Goreng Seafood yang mabeles...
THB 40.00
Ulam-ulam yang free.
usben aku punya.
aku tak makan pun..
Dah tau ada makanan halal depan hotel, kira akan jadi tempat wajib la..
Tak koser aku nak makan kebab ja...
Sat lagi bertambah kurus, jenuh la kesian kat lemak-lemak tepu di badan aku ni.
Lepas makan, balik bilik dan rest.
Masa tu dah jam 4.00 petang.
Malam nanti aku akan ke Phuket Fantasea.
Minibus akan pick up kami kat hotel jam 6.45 petang.
sibuk mencari nak pakai baju apa..
blouse aku yang ada dah kedut-kedut sebab aku gulungkan masuk bag.
Tanya kat kaunter reception, tak dak iron disediakan pulak.
Sudahnya, dengan baju kedut tu la aku pakai pi tengok show.
Nasib la dah malam.
Usben aku kata, dah malam.
Orang tak nampak baju kedut.
Orang nak pi tengok show, bukan nak tengok aku..
hahahah..
okey!
Bersambung....
No comments:
Post a Comment