Sunday, November 03, 2013

Phuket Day 1 - Airport - Hotel - Kesuma Seafood

Pergggghhhh...
Bersawang jugak blog baru ni.
Aku ingatkan dengan ada nya blog yang baru ni, makin bersemangat waja dan rajin la aku menaip, rupa-rupa nya itu hanya lah propa belaka...
Hangat-hangat taik ayam jugak..

Aku ingat nak buat cerita ke Medan dulu, tapi banyak gambar yang aku belum transfer.
Lagipun dah bertangguh lama sangat cerita Medan tu. 
Dah 6 bulan okey...
ahahha.. dasar pemalas!

Aku ke Phuket 21 hingga 25 oktober 2013 baru-baru ni.
5 hari 4 malam..
Unplanned vacation actually...
Awal tahun aritu aku dah settlekan semua hutang PTPTN aku..
Yeeeeeha! Lega rasa nya bila dah bebas beban hutang ptptn ni.
So, untuk menambahkan kelegaan aku terhadap kebebesan ni, aku terbukak website fireflyz bulan Mac aritu...
Ter search pulak Penang - Phuket, harga murah pulak...
RM 382.00 untuk 2 orang return.
Apalagi, terus zassss la untuk aku dan usben.

Beli tiket bulan 3, nk fly bulan 10, so ada lebih kurang 7 bulan lagi la untuk kumpul duit dan prepare apa yang patut dan yang tak patut.

Bermula dari tarikh tu, maka dengan gigihnya la aku mencari info berkaitan phuket di blog dan Cari Forum.
Alhamdulillah... di Cari Forum info yang aku dapat memang sangat-sangat membantu. Terima kasih untuk semua blogger dan forumer di sana.. 

Lima hari sebelum bertolak, memang dah malassssss nak buat segala kerja.
Dalam fikiran cuma nak bercuti dan bercuti dan bercuti...

Aku pulak bercuti time semua orang tengah bekerja.
Isnin hingga Jumaat.
So, abah la yang ditugaskan untuk hantar aku dan usben ke airport.
Flight jam 2.30, tapi jam 11.30 pagi aku dah terpacak kat airport penang. hahahha... currrrlas kan. hang ada?

Elok ja aku sampai, dah boleh check in kat kaunter fireflyz.
Sebenarnya aku nak buat web check in. 
Tapi FF cuma boleh terima web check in untuk penerbangan domestik dan Singapore ja.
Yang lain-lain kena check in di kaunter.
Aku n usben bawak 3 beg ja.
Dan kami tak menggunakan khidmat luggage pun.

Alhamdulillah.. flight terbang on time.
Tak delay pun.
Cuaca pun okey masa tu.

Penerbangan dari Penang international Airport ke Phuket adalah selama 1 jam 15 minit.
Dalam flight ada depa sediakan air dan currypuff atau kacang masin.
So boleh la pilih nak yang mana.

Aku sampai di Airport Phuket jam 2.30 ikut jam di phuket.
Disana lewat sejam dari Malaysia.

Seperti yang dah aku baca di forum, transport ke hotel di Patong sangat tak dak masalah.
Banyak transport yang ada.
Pilih ja nak yang murah atau yang mahal.

Of coz aku pilih yang murah. hahahha...
Transfer dari airport ke hotel di patong cuma berharga THB 180.00 per pax ja kalau menggunakan minibus.
Berbanding dengan teksi yang agak mahal la kalau untuk aku dan usben berdua ja, THB 650.00 per taxi.
Makna nya dalam dalam Ringgit Malaysia, naik minivan dalam lebih kurang RM18.00 untuk sorang.

Kena tunggu penuh 1 minibus tu baru depa jalan okey.
Lebih kurang 12 orang macam  tu la.
Bila dah cukup, baru depa akan panggil kita dan naik minibus tu.
Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk ke Patong.
Setengah perjalanan, depa akan berhenti kat agent company depa untuk depa catat hotel apa yang kita menginap supaya senang untuk urusan penghantaran.
Selain tu depa akan jual pakej yang ada kat kita.
Mostly mahal sikit la.
So, kalau tak nak, tak payah beli.
Aku pun tak beli apa-apa pakej dari agent tu.
Dalam 10 minit kat situ, baru minibus tu teruskan perjalanan untuk hantar semua orang.

Hotel yang kami ambik ni memang betul-betul tengah Bang La Road.
Tiger Hotel nama nya..
aaaauuuum! muahahaha...
Terletak betui-betui sebelah Junceylon Mall. Mall orang kaya-kaya ni... 
Bersebelahan jugak dengan gelanggang muay thai..
Dan berhadapan dengan Baanzan Market.



Haaaaa...
Nampak harimau kat belakang aku tu?????
Tu la Tiger Hotel.
Kat atas siling hotel tu penuh dengan harimau...
hahahha....



Pintu masuk ke bilik aku...
Pintu yg tersorok tu la toilet.



Siap ada jacuzzi baq hang....



Aku suka dengan dinding hotel ni...


Ni katil dia...
Besaq....
Selesa....

Aku tempah hotel ni thru Agoda.com.
Standard room (jacuzzi) no breakfast dengan harga RM86.00
Ala.. kalau ada breakfast pun rugi. Sebab tak halal..
Semua basic facilities ada.
kettle electric, fridge, TV tapi iron tak dak okey... 
so, pakai la baju kedut-kedut....
Mula-mula plan aku nak stay kat hotel ni 3 malam ja.
Malam yang last tu aku nak stay hotel lain.
Tapi bila fikir balik, macam leceh nak pindah randah, so stay ja la sampai 4 malam.
Total bayaran untuk hotel untuk 4 malam adalah lebih kurang RM400.00.

Lepas settle check in, usben ajak makan.
Lapaq kot..... 
Aku ajak di api Kesuma Seafood.
Sebab kebetulan masa naik minibus tu, aku dah ternampak lokasi si kesuma ni.
Agak jauh dari hotel.
Dalam setengah jam berjalan kaki baru sampai.

Kesuma ni aku baca dalam forum la.
Ada yang kata sedap, ada jugak forumer kata biasa-biasa ja.
Nak cari kedai lain, masa tu dah lapar sangat. 
Then tak tau hala tuju, nak ke area masjid, jauh.
Kami tak sewa pun transport kat sini.


Aku oder:




Air Laici

fresh mango juice
Telur dadar
Tomyam seafood
Stir fried crabmeat with curry powder (sedapppp, ketam dah dikopek)



Segala Sambal... sampai 3 jenis.. aku tak makan pun. usben aku ja makan..


Air Laici usben aku. THB 80.00 okey! Mahal!!!
Padahal laici dalam tin tu ja..



Telur Dadar sedap dan agak banyak bagi kami berdua.
Harga??? THB80.00 jugak... brapa biji telur depa guna taktau la...


Fresh Mango Juice aku.
Murah dari laici.
THB 60.00


Buku menu kesuma Seafood.
macam-macam ada..
western pun ada...


Stir Fried Crabmeat with Curry Powder..
Kaler agak pudar, tapi rasa memang sedapppp...


Tomyam depa yang sangat best.
Pekat, lemak berkrim tapi kurang pedas... 
ehehehe...


Yang ni usben aku. 
Tengah sabar menunggu makanan sampai.


Pada aku, kesuma seafood ni ok la.
Kat area phuket ni memang makanan rate dia macam tu.
Agak mahal.
Kalau kebab yang arab jual pun, THB 100.00 untuk satu kebab ayam. 
Kalau kebab daging, THB 120.00...

Total semua aku makan dan minum malam tu,THB 650.00.
Sebelah meja aku, ada 2 orang mamat baru sampai jugak ke phuket ni..
Kat sini memang femes la di kalangan orang Malaysia sebab pakcik kat situ penah kerja di malaysia.
jadinya, dia boleh berbahasa melayu...

Selesai makan, kami jalan untuk balik ke hotel.
sepanjang jalan di situ, ada orang jual baju, souvenir, beg segala macam la...

Dalam perjalanan, hujan tiba-tiba turun lebat.
Basah kuyup aku ngan usben.
Sudahnya, sampai hotel, mandi dan tido walaupun malam masih muda di phuket tu...

Esoknya plan kami untuk cari pakej dengan agen kat patong beach.

bersambung ya.....

No comments: