Friday, November 15, 2013

:: pemimpin ::

Tiada tempat untuk aku meluahkan rasa.
rasanya di sini saja tempat terbaik aku untuk menyatakan apa yang ada dalam hati aku.

Pemimpin terhebat.
memberikan ucapan ala-ala tazkirah di pagi yang mulia, penghulu segala hari.
Dengan tajuk keharmonian pejabat serta bahana fitnah di fb.

Anda pemimpin terhebat.
pernah menjadi tetamu Allah seketika dahulu.
anda berpelajaran tinggi.
tentunya menjadi contoh kepada orang bawahan anda.

Tapi...
siapa anda untuk menilai dosa dan pahala saya?
Siapa anda untuk membuat kesimpulan yang saya bersalah tanpa mendengar penjelasan dari saya?
Sedarkah anda, semasa anda memberikan tazkirah berkaitan bahaya fitnah di fb, lidah anda telah pun memfitnah saya?
Membuat tuduhan kepada saya dengan hanya mendengar aduan sebelah pihak?
Ya, sampai saya mati, saya tak akan maafkan anda.
ya, sampau mati saya tak akan lupa tazkirah indah anda itu.
ya, sampai saya mati, saya tak akan lupakan lupakan bagai mana anda menjatuhkan maruah dah air muka saya dihadapan 30 manusia hipokrit yang ada di dalam bilik itu.

Anda pemimpin.
tapi anda sangat tidak adil dan tidak profesional.
jalan penyelesaian yang anda berikan, pada saya, bukan sesuatu yang saya boleh lakukan.
saya dalam keadaan yang marah, anda nasihatkan sy supaya berjumpa dengan orang yang saya marahkan, dan bertanya kepada dia" kenapa anda buat saya begitu?" Atau memohon maaf kepada org yg saya marah, atas alasan sebab dia dah tua tapi tak menghormati orang lain?
Saya bukan malaikat.
saya manusia biasa.
5 tahun saya bersabar hanya kerana sekali saya membuat status begitu di fb, anda menilai saya sebegitu.

maaf, saya telah hilang hormat pada anda.
pada rakan anda juga.

tiada siapa yang datang pada saya dan kawan saya untuk bertanyakan hal sebenar.
Saksi jugak berdiam diri.
untuk kawan2, maaf, sy telah hilang kepercayaan anda.

No comments: