Friday, August 23, 2013

:: Raya 2013 - Raya Pertama ::

Hari ni dah 16 Syawal 1434..
Ohsemnya..
Aku baru berkesempatan nak buat cerita raya aku..
hahahha..
Blog orang lain dah ada 7 hingga 8 cerita raya, aku baru la tengah gigih untuk edit gambaq, baru tergigih nak cari idea dan menaip.. 

Tapi takpa..
Asalkan ada dari tak dak kan..

Tahun ni turn aku beraya di Penang dulu.
Rumah abah n mama aku of coz...

Last year aku beraya di kampung usben aku..
Kat Pedu, Kuala Nerang..

Suasana raya kat sana lain sikit la dari di Penang.
Menu utama kat sana ketupat pulut dan jugak lemang.
Aku dah terbiasa makan nasi impit di pagi raya, jadinya, bila di rumah mentua aku tak dak nasik impit, aku jadi pelik..
hahahha...

Tapi ayah mentua aku masak lemang sangat sedap.

Sehari sebelum raya baru aku bercuti. 
Time tu la baru nak tolong mamabasuh ayam, potong daging, bawang dan sediakan bahan-bahan untuk masak rendang..

Tahun ni jumlah ayam yang mak aku masak dikurangkan jadi 6 ekor ja. 
Tak macam tahun-tahun sebelum ni. 
10 ekor.
Tahun ni kurangkan penggunaan ayam sebab aku menyahut seruan menteri supaya tak payah beli ayam kalau harga ayam mahal.. 
huhuhu...

Aku ni kalau bab makan, kalau boleh semua nak suruh mama aku masak.
Beria-ia la nak makan rendang ayam, rendang daging, kuah kacang,ketupat pulut, nasi impit, sambal tumis santan udang besar...
hohoho.. tudia... selera sungguh.
ish ish ish... bini sapa la tu.. ahahha...
Tapi kuah kacang tak sempat nak buat sebab bila aku dah makan rendang, tetiba rasa macam tak nak makan kuah kacang pulak.. 

Kuih raya pun aku tak buat.
Adik aku buat 2 jenis, mak aku buat 2 jenis.
Then aku order 3 jenis biskut, 2 jenis kerepek..
Tu ja..

Malam raya aku stay kat rumah mama aku sampai jam 12 malam.
Abah pasang pelita.
Usben aku repair lampu kelip-kelip biru yang tak menyala tu...
Sampai sudah tak boleh nyala.. kompem aaar rosak dah.

Tahun ni pertama kali sambut raya dengan adik ipar aku.
Jadinya kami ber enam la..
Abah, mama, aku, usben aku, adik aku dan adik ipar aku..
Tu je la ahli keluarga sebelah aku. 
Family kecik yang sangat kiut.. hahahah

Pagi raya tahun ni, aku sempat ke masjid.
Selesai solat, terus balik rumah mama..
Rumah kecik aku tu, dah jadi macam hotel.
Balik untuk mandi salin baju dan tido ja..
selebih nya aku kat rumah mama...

Rombongan pertama yang sampai kat rumah aku adalah kawan-kawan mama.
Ex-officemate sebenarnya.
Family cina okey, tapi sangat suka makan masakan melayu, terutamanya kari ayam dengan nasi minyak mama..
Sorry time ni aku busy, sampai lupa nak amek gambaq.

Sebenarnya bukan time tu ja, semua time orang datang rumah lah aku tak sempat nak amek gambaq..
Rugi kan? 
Tapi takpa.. setiap kenangan dan memori yang suuuuweeeet sangat tu aku dah rakam masuk dalam ingatan aku.*pitam!*

Aku cuma sempat ambil gambar kalang kabut dengan suami aku dan adik aku ja.. ehehehe...

Dengan mama n abah pun tak dak jugak gambar..
Minggu depan la aku set untuk ambik gambar family dengan photographer. 



:: Aku dan adik aku ::


 :: Adik-adik dara jelita merangkap anak-anak sedara sebenarnya ::
:: From Left: Nabila, aku, Ain (yang kecik tu), Aida (adik aku) dan Fatin ::



::Oh! ni aku dan suami::

Ni ja antara gambar yang aku sempat ambil pun.

Aku balik ke Pedu, Kuala Nerang pada pagi raya kedua.
Nanti aku buat cerita raya di pedu pulak..

Apapun, aku rasa masih tak terlambat lagi nak buat ucapan;

Selamat Hari Raya,
Maaf atas segala kesilapan yang telah aku buat melalui tulisan aku di blog ini, di FB..

Untuk kawan-kawan di office (kalau lah depa baca);

Mohon maaf atas segala perbuatan aku yang menyakitkan hati atau kata-kata berbisa yang keluar dari mulut aku. 



Monday, July 29, 2013

#001 - Roti Telur Simple

Hari ni aku nak share satu resepi yang sangat simple tapi aku suka makan.
Kebetulan aku ke queensbay mall hari ahad aritu, so aku singgah bread history beli pumpin bread.
Roti ni sangat lembut, sedap okey..
Kena la dengan tekak aku.

Sebab apa aku kata resepi simple?
Ala.. roti telur ja pun.. 
eehehe
Cuma aku tambah bahan-bahan penyedap rasa tekak aku..
Nak makan time sarapan buleh, tengah hari pun buleh, untuk minum petang pun okey..

Sebenarnya, aku kalau masak, jarang ikut sukatan.
Aku suka agak-agak ja.
Mana yang aku suka, aku lebihkan.




Bahan-bahan:

Pumkin bread (atau roti banggali atau apa-apa roti pun okey)
Telur 2 biji
Susu cair (sikit ja. If tak nak pun okey)
Bawang besar 1 labu (dicincang dadu)
Daun Sup (dicincang)
Isi udang (dicincang kasar)- aku goreng dengan sedikit butter bagi masak.
Serbuk parmesan cheese
Serbuk lada (optional)
Garam
Butter/minyak (untuk goreng)

Cara-cara:

1. Roti di potong sederhana kecil.
2. Pukul telur dalam bekas, campurkan susu, bawang besar, daun      sup, udang,cheese, lada dan garam. gaulkan sebati.
3. Panaskan non stik pan/kuali.
4. Panaskan butter/minyak.
5. Celupkan roti dalam bekas telur tadi (kedua-dua belah).
6. Masukkan dalam pan. Tepekkan bahan-bahan yang ada dalam telur    tu atas roti.
7. Terbalik-terbalikkan sehingga masak.


Simple ja kan?
Semudah ABC.. 
eheheheh...

Cuma aku pakai butter Golden Churn.
Bertambah-tambah la lemak dalam badan aku ni..
Kena pulak buat roti ni time puasa, cepat ja masak.
Tak payah nak bersilat kat dapur lama-lama..

Bye..





Wednesday, July 24, 2013

:: Kuching :: Seminar Pengurusan Organisasi Cemerlang ::

Kuching..
Ni kali ke-2 aku ke Kuching, Sarawak.
First time aku ke sana tahun 2009. 
2 hari selepas tok aku meninggal.
Apa nak buat, tiket flight dah beli awal kan.
Nak tak nak, terpaksa jugak la terbang ke Kuching tu.

Kali ni aku ke sana sebab ada seminar anjuran UUM.
4 hingga 6 Jun 2013, di Pullman Hotel Kuching.
Universiti aku hantar 10 orang insan terpilih, termasuk lah aku.. 
Dah sebulan lebih dah lepas, baru aku nak tepek kat sini.

Hari Pertama

Flight jam 7.05 pagi, 4 Jun 2013.
Naik Air Asia.
Exited betui aku time ni.
Jam 6.15 pagi aku dah terpacak kat Airport Penang.
hahah..
Takut kena tinggai dengan kapal terbang... 



Time ni dah check in. 
Gambar ni kebanyakkan aku ambik dari Encik Ibrahim Samsudin.
Credit to him.

Sampai kuching jam 9.00 pagi macam tu la.
Dah la tak breakfast.
Lapar sangat-sangat.
Plan kitorang semua nak cari makan di Kuching ja.

Dari airport Kuching, ambik teksi terus ke Pullman Hotel.
Sebab sampai awal sangat, bilik pun tak ready lagi.
So, plan nya, jalan ke waterfront carik makan.
Dari Pullman ke waterfront tu tak jauh mana pun.





Walaupun perut lapar, posing tetap posing okey...
Muka ja senyum, perut da nangis.. eheheh
Kitorang tinggai beg di kaunter hotel, then menapak cari makan.
Rupanya...... pagi-pagi agak susah nak cari kedai makan yang bukak kat area yang kitorang pegi tu.
Cuma jumpa satu kedai ja yang bukak dan ada la a few makanan yang dah dimasak.
Belasah ja, janji kenyang. 
Sebab lunch nanti disediakan penganjur.
Lagipun, masa banyak lagi. 
Register jam 2.00 petang.
Sementara tunggu time daftar, aktiviti wajib adalah shopping.

Baru 1st day sampai, abeh semua kedai di area tu kami terjah.
Kawan aku, dah abehkan brapa ratus ringgit ntah utk shopping.
Tu cara baru sampai tu..
Ada dua hari lagi kot..

Jam 12.30 pagawai aku dah ajak balik hotel.
Register dengan UUM sekali check in bilik.

Pullman Hotel ni memang best.
Bilik cantik, makanan pun okey, lobi cantik.
Cuma aku kurang berkenan dengan sistem lift kat situ.
Masuk lif - insert room card-tekan level bilik.
Okey la, memang banyak hotel yang pernah aku stay pakai kekdah macam tu, tapi tak la sesusah Pullman ni.
Berkali-kali insert pun tak boleh tekan jugak button level tu.
Bukan group aku ja, ramai jugak la customer lain pun jadi macam aku.
Rupanya... insert tu kena selemah lembut yang boleh...
Dasar yang ada dalam lift tu semua gagah dan gigih belaka, memang sampai esok pun tak jalan jugak la...

Aku stay dengan kak fae. 
EO kat opis aku.
Bilik level 10 kot kalau tak salah aku.

  Bilik air memang best. 
Sambil mandi kat bathtub tu, hang boleh tengok pemandangan di luar.
Tapi tak dan pun nak berendam.
Sibuk dengan seminar..
hahahha



Dua katil single yang empukkkkkkk sangat..
Tapi tak sempat sangat pun nak tidoq lama-lama.. sob.. sob.. sobb


 Ni permandangan dari tingkap bilik aku.
Nampak Hilton, nampak sungai Sarawak..




Jam 3.00 petang semua kena berkumpul di Ballroom.
Sebabnya perasmian seminar dan slot pertama dah bermula.
Presenter pun bagus-bagus.
Opsss... 
Lupa nak bagitau, gambar dalam bilik dan permandangan ni, dari camera hp aku ya.
Bukan camera Encik Ibrahim..

Malamnya ada dinner..
Dalam buku aturcara, Ketua Menteri Sarawak yang akan hadir.
Tapi maybe beliau ada hal yang lebih penting.
Wakil beliau, Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang merasmikan dinner tu.

Pada aku, makanan di hotel okey. 
Cuma mungkin tak kena dengan selera aku.

Aku suka seminar ni, sebab malam adalah aktiviti bebas.
eheheheh

Hari Kedua 5 Jun 2013

Pagi-pagi dah bangun, sarapan jam 8.00 pagi.
Menu sedap...
Ada laksa sarawak (makan pagi okey), ada dim sum, ada cereal, roti, nasik goreng segala..
Tapi aku cuma jamah dim sum dengan laksa sarawak..


Seminar start jam 8.30 pagi.
Aku just randomkan saja presenter.
Sebab aku tak ambik semua gambar.
Plus aku teringgal buku aturcara kat rumah..
Nak buat rujukan cemana kan..




 Nampak tak???
Prof Madya Abd Razak Hj Mohaideen pun antara peserta seminar.
Cuma aku tak sempat nak ambik gambaq dengan dia... huhuhu...






 Aku suka pembentangan dari Tan Sri ni..
Dari Lembaga Hasil Dalam Negeri..
Beliau banyak guna video dari slaid tulisan-tulisan.
Serius tak bosan.
Dan aku suka tengok cara yang beliau guna dalam menguruskan organisasi beliau.





 Dr Robiah ni adalah presenter terbaik sepanjang seminar.
Aku sampai tahan nak buang air kecik sebab tak nak missed cerita yang disampaikan.



Petang tu, ada aktiviti " mesyusuri Sungai Sarawak dengan Rivercruise ".
Tengok sunset la kekdah nya..
Terasa macam orang kaya..
hahahah...

Sebelum tu, group aku shopping kek lapis dulu.
Kena naik bottambang papan tu untuk seberang sungai pegi kat kampung sebelah.

Ya Allah..
Ketaq tak yah cakap la..
Macam-macam ada dalam kepala aku..
Nak-Nak pulak time tu kejadian bot karam kat Sungai Rajang.
Tapi alhamdulillah...
Selamat ja pi balik sampai 2 hari..
Over tau.. hahaha

Mula-mula ke kedai Kek Lapis Mira.
Kek dia sedap..
makan tester sampai nak kenyang...
hhohoh...
Time ni tak beli lagi.
Baru riki-riki line.
Plan nya esok baru nak membeli.
Kat jeti ni, gambir sarawak pun ada jual...

Then, dah kenyang makan kek kat Mira, pi kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah pulak.
Aku aim nak beli lapis red velvet..
Memang sedap.
Tapi terbeli sekali dengan kek lapis cheese apa ntah.
Siap ada cheese dengan nestum.
Rm 25 okey..
Kecik ja...


Oh.. ni masa nak ke tempat kek lapis zaharah.
Dah jumpa rumahnya, tapi patah balik sebab tak dak orang..
















Permandangan dari dalam cruise..
Cantik kan...
Yang perempuan cantik n abang sumpit tu antara penari yang buat persembahan kebudayaan sarawak dalam cruise..
Sambil-sambil makan kek lapis dengan air yang diorang sediakan atas cruise, sambil la tengok pemandangan dan persembahan
Tapi persembahan kejap je...








Seksi kan abang sumpit ni?
Pheeeewiiiit!

Malam tu balik bilik, mandi n siap-siap, aku ajak kak fae, kak zana dan chuah pi makan kat topspot.
Tempat wajib pi if ke Kuching.
Sebelum tu singgah di Ballroom.
Ada penganjur sediakan makanan.
Tapi aku dah sangat gedik nak ke Topspot.
Tak makan de makanan hotel ni..
hahahha...

Topspot dengan Pullman adalah sangat tidak jauh.
Sebelah bangunan ja..
Time aku pi, dah ramai yang balik.
So aku buleh makan dengan selesa.

Kat sana banyak gerai. 
Semua jual seafood.
Aku pilih Bukit Mata.

Aku oder:

Lobster bakar garlic
Butter prawn
Ketam masak sos kot
Ikan bakar

Tak mahal pun..
Empat orang makan, baru 90 ringgit.


Butter Prawn...
Sangat sedap..
yummeh....


 Ketam masak sos
Pun sedap...


Nindia....
Lobster bakaq Garlic...
Sedap okey!


 Aku ambik 4 ekor ja udang.
Ingatkan kawan aku tak suka..
Rupanya....
Sampai harini dok teringat butter prawn ni..


Us: kak Fae, Aku, Chua
Kak Zana jadi photographer...

Last Day

Lepas breakfast, last slot adalah Dr Robiah.
Memang terbaik..
Rasa tak cukup masa 2 jam yang diberi..
Kebahgiaan atau kejayaan, mana yang perlu ada dulu?

Check out jam 12.
Flight jam 7 malam.
Masa yang ada tu, apa lagi...
Sesi perabih duit la..

Ni last gambaq untuk hari ini..



Lepas ni, aku nak ajak usben aku ke Kuching pulak.
Sebab masa 1st time aku pi, aku baru bertunang.
Serius, aku rindu kat butter prawn topspot.